6 November 2013 - 20:30

Beberapa sumber hari ini memaklumkan Mullah Fadlullah telah dipilih sebagai pemimpin baru Taliban setelah kematian Hakim Abdullah Mehsud.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beberapa sumber pengganas dari Pakistan hari ini memaklumkan Mullah Fadlullah telah dipilih menjadi pemimpin baru Taliban berikutan terbunuhnya ketua mereka sebelum ini Hakim Abdullah Mehsud.

Pemilihan ini dilakukan walaupun pengganas Taliban telah meletakkan Ishmatullah Shahin Bitani dari Pakistan sebagai ketua sementara mereka.

sebaliknya khabar angin yang tersebar pula menyatakan Khan Sa'id Ilyas yang dilantik menjadi ketua Taliban, bukan Mullah Fadlullah.

Hakimullah Mehsud terbunuh dalam satu serangan Drone Amerika pada hari Jumaat lepas.